Posts

Berjalan atas Kaca Tingkat 68

Image
"Penang Rainbow Skywalk" Mencabar kemampuan diri anda pada tahap maksima pada pendapat saya, adalah satu kayu pengukur bagi mengenal pasti tahap kemampuan diri. Suka akan cabaran kerana yakin cabaran adalah lumrah  harian dan cabaran itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Oleh itu, persiapan diri itu perlu sentiasa ada.... Ini kisah saya, yang sangat teruja mahu takluk laluan atas kaca di tingkat 68, bangunan Komtar, Pulau Pinang ini. Lawatan akan bermula dengan taklimat berkaitan pembinaan laluan ini yang mana struktur asal Komtar yang hanya 65 tingkat kini menjadi 68 tingkat. Dengan kemesraan para staff pengurusan The Top, kita akan dibawa melawat sekitar kawasan The Top sebelum memulakan aktiviti Laluan atas kaca itu... Soalan kerap diterima "Tidak gayat ka?"... Tipu jika saya katakan tidak sebab saya juga manusia biasa yang makan nasi... namun saya akui, saya mengambil sedikit masa bertenang sebelum melangkah ata

Menjejaki Seni Jalanan Pulau Mutiara

Image
"Street Art Penang" Pada asalnya, kami menjangka seni jalanan yang berbentuk lukisan dinding (graffiti) ini berlokasi di sebatang jalan atau lorong yang panjang dan kita boleh menyelusuri jalan tersebut sambil bergambar... Rupanya, graffiti ini ada di merata-rata sekitar kawasan dan ia membuatkan kita seperti bermain permainan "Mencari Harta Karun"...Amat menyeronokkan!  Selain kita teruja menjejak graffiti ini satu persatu, langkah kita tidak laju melangkah kerana ada cabaran atau tarikan yang membuatkan kita lalai sebentar...ini kerana terdapat pelbagai gerai, pameran, pertunjukan, jualan, kraftangan kawasan-kawasan berdekatan. Bagi saya, umpama memasuki kapsul masa lampau.. Antara yang sempat dirakam dalam misi menjejak graffiti, saya amat menyukai konsep seni jalanan ini kerana secara tidak lansung kami terpaksa memasuki lorong-lorong terpencil bagi mencari graffiti yang unik... selain yang terdapat dalam peta yang dised