Menjejaki Seni Jalanan Pulau Mutiara

"Street Art Penang"

Pada asalnya, kami menjangka seni jalanan yang berbentuk lukisan dinding (graffiti) ini berlokasi di sebatang jalan atau lorong yang panjang dan kita boleh menyelusuri jalan tersebut sambil bergambar...


Rupanya, graffiti ini ada di merata-rata sekitar kawasan dan ia membuatkan kita seperti bermain permainan "Mencari Harta Karun"...Amat menyeronokkan! 


Selain kita teruja menjejak graffiti ini satu persatu, langkah kita tidak laju melangkah kerana ada cabaran atau tarikan yang membuatkan kita lalai sebentar...ini kerana terdapat pelbagai gerai, pameran, pertunjukan, jualan, kraftangan kawasan-kawasan berdekatan. Bagi saya, umpama memasuki kapsul masa lampau..







Antara yang sempat dirakam dalam misi menjejak graffiti, saya amat menyukai konsep seni jalanan ini kerana secara tidak lansung kami terpaksa memasuki lorong-lorong terpencil bagi mencari graffiti yang unik... selain yang terdapat dalam peta yang disediakan. Jika anda bertuah dan gigih berjalan, memang banyak lagi graffiti tersembunyi! Syiok kan...




Ini antara graffiti yang dijumpai di lorong-lorong terpencil, makna nya..graffiti ada dimana-mana, kamu sahaja kena gigih mencari...kalau penat berjalan, terdapat perkhidmatan sewa basikal dan motor di sekitar kawasan tersebut. 

Saya memilih untuk berjalan kaki sahaja namun agak kurang selesa dengan basikal atau motorsikal mahupun beca yang lalu lalang kawasan lorong ini kerana jalan ini kecil sahaja ba...

 
 Tanpa disedari, kami menghabiskan masa 3 jam di kawasan ini dan hasilnya...kami tidak jumpa pun kesemua 9 graffiti yang ada dalam peta, tetapi kami tidaklah juga rasa hampa sangat sebab kami rasa berbaloi kerana tiada bayaran tiket dikenakan, kita dapat mengenali budaya disini, kami bersenam dan gambar pun lawa kan... Kepuasan maksima!





Cadangan saya "penyelengaraan", graffiti ini amat menarik namun ada sesetengah lukisan suda pudar dan hampir tidak kelihatan...

Akhir kata, Bercuti tidak semestinya berbelanja mewah, kesederhanaan dan perancangan masa itu penting. Semoga perkongsian ini bermanfaat..  

Gambar kredit kpd Effa & Eviannie 😘

Comments

Popular posts from this blog

Berjalan atas Kaca Tingkat 68