Berjalan atas Kaca Tingkat 68

"Penang Rainbow Skywalk"


Mencabar kemampuan diri anda pada tahap maksima pada pendapat saya, adalah satu kayu pengukur bagi mengenal pasti tahap kemampuan diri.

Suka akan cabaran kerana yakin cabaran adalah lumrah  harian dan cabaran itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Oleh itu, persiapan diri itu perlu sentiasa ada....







Ini kisah saya, yang sangat teruja mahu takluk laluan atas kaca di tingkat 68, bangunan Komtar, Pulau Pinang ini.

Lawatan akan bermula dengan taklimat berkaitan pembinaan laluan ini yang mana struktur asal Komtar yang hanya 65 tingkat kini menjadi 68 tingkat. Dengan kemesraan para staff pengurusan The Top, kita akan dibawa melawat sekitar kawasan The Top sebelum memulakan aktiviti Laluan atas kaca itu...






Soalan kerap diterima "Tidak gayat ka?"... Tipu jika saya katakan tidak sebab saya juga manusia biasa yang makan nasi... namun saya akui, saya mengambil sedikit masa bertenang sebelum melangkah atas kaca tersebut.. 😁

Kenapa? Walau kita berusaha sekeras mungkin untuk mengoptimiskan diri, pasti ada terselit sedikit pesimisme kan... "Dalam fikiran saya masa itu, berdasarkan kunun kiraan berat badan, adakah kaca itu mampu menampung?".. Agak jelas persoalan itu tidak logik kan 😂 namun soalan lazim bagi saya yang memiliki extra size...

Laluan berkaca ini terbahagi kepada dua bahagian, satu laluan berada dalam banguan dan satu lagi berada di luar bangunan...dengan harga tiket sebanyak RM61 (Promo Merdeka), harga asal RM74. kami berpeluang melawat 13 kawasan yang melibatkan 13 aktivti berbeza termasuk laluan kaca ini. 




Berada di atas kaca, pada awal 3 langkah itu, pelbagai perasaan muncul.. Rasa mahu pitam, mual dan lemas pun ada tetapi langkah kaki tetap mara...
Sebaik sampai di tengah laluan itu, semuanya berubah... Perasaan yang timbul sebelum ini serta merta lenyap..

Dan babak serta aksi melampau atas kaca pun bermula...  Sambil saya berkata pada diri saya... "Syabas! Anda berjaya melintasi 1 lagi tahap cabaran!"... Umpama kita bermain permainan  digital yang memerlukan kita menyelesaikan 1 misi untuk melangkah ke tahap permainan seterusnya...






Pengajaran yang saya dapat melalui aktiviti ini, walaupun pada mulanya agak sukar untuk menerima sesuatu cabaran, namun jika kita berani hadapinya dan tidak putus asa...cabaran itu rupanya remeh sahaja, diri kita sendiri yang menjadikan cabaran itu sukar dihadapi...Namun ia terpulang kepada keadaan persekitaran dan peribadi seseorang..Saya doakan anda juga seorang yang kuat menempuhi segala cabaran di hadapan anda. 

Sedikit tips kepada mereka yang berniat ke sini, elak pergi ketika tengahari atau panas terit sebab kaca itu agak panas terkena pantulan cahaya matahari dan sebaiknya pakai kasut ya..




Percutian itu lebih indah jika ada rakan yang hebat tangkap gambar.. 😂

Foto kredit kpd Eviannie 😘



Comments

Popular posts from this blog

Menjejaki Seni Jalanan Pulau Mutiara